Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Selalu terdengar :
Seorang wanita selalu mengeluarkan kata kata prejudis tentang sikap
lelaki , " orang lelaki ni selalu bersikap ego ". Seorang lelaki pula
selalu memberi tanggapan satu lagi tentang wanita , " susahlah cakap
dengan perempuan, selalu emosional ". Padahal keduanya merupakan sifat
sifat yang secara fitrah diberikan oleh Allah SWT kerana pada kedua
jenis mahkluQ ciptaanNya nya ada bidang tugas dan tanggungjawabnya
masing masing.
Kedua-dua mahkluQ ini mempunyai peranan besar sebagai agen
memperbanyak bilangan umat manusia yang merupakan penghuni yang
terbaik di muka bumi. Bagaimana kedua makhluQ ini diciptakan oleh Allah
dengan dua sifat / tanggungjawab yang berbeza tetapi dapat dipersatukan
untuk memainkan peranan besar dan penting di atas ? Sudah tentu Allah
telah mempersiapkan syariat yang dapat menjadikan keduanya makhluQ tadi
pasangan yang hebat dibanding semua ciptaanNya yang juga berpasang
pasangan.
Langkah penting yang harus dilakukan oleh kedua makhluQ lelaki dan
wanita ini adalah berganding dalam rumahtangga yang diakuiNya dan taat
menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang telah diperintahkanNya.
Apabila seorang mukmin dan mukminah mempunyai kretaria di atas sudah
tentu isu ego lelaki dan wanita yang emosional bukan isu yang harus
dipertikaikan . Ini disebabkan jika isu ini yang selalu diketengahkan
maka kedua makhluQ ini akan selalu bersengketa dalam masa yang sama
kedua makhluQ ini adalah ibarat magnet yang saling tarik menarik . Lebih
jauh lagi adalah kita telah mengingkari qada dan qadar ciptaan Allah .
Lelaki dan Keegoannya
Dalam al Quran Allah berfirman , " Kaum Lelaki itu adalah pemimpin kaum
Wanita ". Kenyataan dari firman Allah ini memperlihatkan bahawa Allah
telah mempersiapkan kepada kaum lelaki sifat sifat kepemimpinan . Pada
sifat sifat kepemimpinan inilah kewibawaan seorang lelaki dan tampil
dengan memperlihatkan keegoannya .
Seorang wanita pula selalu melihat isu keegoan lelaki ini sebagai satu
tekanan bukan sebagai satu penciptaan sehingga selalu seorang wanita
selalu terlepas pandang untuk dapat mempelajari sesuatu tentang
kebijakan ciptaan Allah SWT. Dalam menjalankan kewajiban sebagai seorang
isteri seorang wanita dituntut untuk selalu berlaku taat kepada lelaki
yang bergelar suami sehingga apabila ada perintah yang tidak atau
kurang disenangi oleh si wanita tadi atau perintah yang menghalang
wanita / isteri tadi memperoleh keinginannya maka sudah tentu ketaatan
tadi menjadi beban dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Di lain pihak seorang lelaki yang tidak menghayati matlamat dan tujuan
penciptaanNya sudah tentu menjadikan sifat sifat tersebut sebagai satu
pijakan untuk memperlihatkan keperkasaan keegoan yang ada. Padahal sikap
dan sifat kepemimpinan yang dipersiapkan oleh Allah tadi adalah
bermaksud untuk melindungi wanita wanitanya bukan bertindak atau
berlaku kasar apalagi menganiaya . Dalam hadis Nabi saw bersabda :
Lelaki yang baik adalah lelaki yang menyayangi ahlinya.Lelaki yang hina adalah lelaki yang menghina wanitanya
Wanita dan Emosinya
Setegar manapun seorang wanita menampilkan dirinya, namun naluri dan
emosi kewanitaannya tetap nampak dan wujud tanpa dipinta. Walaupun
seorang wanita dapat menyembunyikan emosinya tetapi dapatkah seorang
wanita menyembunyikan fizikalnya sebagai seorang wanita ? Ini adalah
sebuah ciptaan yang tidak dapat dimungkiri.
Dalam hadis Rasulullah saw bersabda :
Wanita adalah ibarat tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas. Maka jikalau engkau cuba meluruskannya , maka engkau akan mematahkannya dan jikalau kau biarkan saja, maka ia akan tetap melengkung selama lamanya . Maka nasihatilah wanita dengan baik.
Allah menciptakan wanita dengan organ dan sistem tubuh untuk
mengandung dan melahirkan anak. Untuk kesempurnaan tugas ini maka pada
wanita dilengkapkan dengan sifat sifat , penyayang dan pelindung .
Sifat sifat kewanitaan wanita yang saya maksudkan adalah lebih kepada
sifat sifat sensitiviti terhadap ahlinya sehingga seorang wanita selalu
lebih tampil dengan sifat sifat emosionalnya seolah olah wanita selalu
tidak dikatakan tidak berpikiran rasional.
Seorang wanita yang faham tentang hadis di atas sudah tentu reda
dirinya diperhatikan dan dikendalikan oleh pasangannya agar hidupnya
tidak terjerumus kepada hal hal yang memudaratkan.
Lelaki sholeh dan Wanita sholehah
Dalam rumahtangga yang harmoni sudah tentu kedua makhluQ yang dipasangkan tidak menjadikan sifat ego dan sifat emosional sebagai dua sifat yang ditolak ke belakang tetapi seharusnya menjadikan kedua sifat tersebut sebagai gabungan kerja untuk menjayakan kehidupan sebuah keluarga yang mempunyai satu matlamat.
Demikianlah juga dalam rumahtangga seorang mukmin, isu ego lelaki dan
wanita yang emosional bukanlah satu isu yang dapat menjadikan pasangan
dalam sebuah rumahtangga untuk saling tuduh menuduh atau bercakaran
satu sama lain. Ini disebabkan Allah SWT telah memberikan bimbingan
hidup berumahtangga kepada hambaNya yang beriman . Dan Allah akan selalu
memberikan inayah pertolonganNya kepada hamba yang selalu bertaqwa agar
dapat mengharungi hidup kekal berpasangan .
Raja Beloot
Tidak ada komentar:
Posting Komentar